About

Pusat Kegiatan Ibadah dan Riadah (PKIR) adalah merupakan sebuah kawasan aktiviti yang diusahakan dan matlamat utamanya adalah menganjurkan aktiviti riadah, rekreasi dan edu-pelancongan yang mampu dinikmati oleh semua lapisan masyarakat di PKIR Sungai Tekala Semenyih.

Tapak yang PKIR berada di kawasan lembah, di Mukim Ulu Semenyih, Daerah Hulu Langat,Selangor Darul Ehsan. Ia mempunyai keluasan kira-kira 15 hektar yang terletak berhampiran kawasan Air Terjun Sungai Tekala.

Kedudukan PKIR adalah 45 kilometer dari pusat pentadbiran Putrajaya. Ia terletak diatas satu kawasan diantara Pekan Batu 14, Hulu Langat dengan Pekan Semenyih.Untuk ke PKIR , sila melalui Pekan Semenyih.

PKIR pada umumnya adalah kawasan lembah yang rata.Topografi PKIR agak tinggi pada bahagian paling belakang. Paras ketinggian paling tinggi adalah kira-kira 170 kaki dari paras laut dan paling rendah adalah 150 kaki dari paras laut.

Terdapat beberapa batang anak sungai mengalir di dalam tapak    tersebut. Anak-anak sungai ini berfungsi sebagai sumber utama sistem pengairan bagi projek perikanan dan pertanian yang telah dimajukan disamping tumpuan untuk destinasi perkelahan dan dalam konteks kem latihan, sungai merupakan salah satu unsur alam semula jadi yang diperlukan.

Terdapat lima buah kolam dengan keluasan antara satu hingga tiga ekar yang sesuai dijadikan tempat aktiviti berkayak, berakit dan lain-lain aktiviti air. Dasar tasik atau kolam adalah pasir dan paras air adalah antara empat hingga lapan kaki dalam. Air ditasik tersebut mengalir masuk dari Air Terjun Sungai Tekala dan keluar semula ke Sungai Semenyih.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s